Sunday, 15 January 2012

02

Assalamualaikum...

kali ini KH nak menceritakan tentang cinta KH di alam universiti. sejurus selepas keputusan SPM diumumkan, KH menerima beberapa tawaran belajar. akhirnya, KH membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di salah sebuah universiti tempatan. KH dah tanamkan dalam hati yang KH tak mahu bercinta ketika masih bergelar penuntut universiti.

namun, harapan yang kuukir, tak semestinya akan menjadi kenyataan. KH akhirnya berkenalan dengan seorang lelaki yang sama umur dengan KH di alam maya. kami berkenalan, bergayut sepanjang hari, tak pernah berenggang walau seminit, kalau KH di kuliah, kami akan texting. bila habis kuliah, kami terus on call. sehinggalah si SA menyatakan hasrat untuk mengikat hubungan kami dengan tali pertunangan. saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya hati ini.

namun, ku fikir panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. SA curang. ex nya ingin kembali kepadanya. masa depan yang KH damba bersamanya musnah dalam sekelip mata. akhirnya kami berpisah walaupun SA terus menerus memujukku. KH kentalkan jiwa untuk tidak lagi berharap padanya. KH teruskan hidup walaupun hidupku terumbang ambing. KH berubah 100%. dari seorang yang petah berbicara menjadi seorang yang pendiam. semua rakan KH buntu melihat keadaan KH.

akhirnya, abang angkat KH memperkenalkan KH dengan sahabat baiknya. pada mulanya KH enggan, KH takut pisang berbuah dua kali. KH takut untuk dekat dengan mana-mana lelaki. tapi setelah dipujuk, akhirnya KH bersetuju. orangnya ada rupa, tapi KH tak memandang semua tu. kami berkawan, tapi KH dah tetapkan dalam hati, kami hanya akan berkawan. setelah 2 minggu, ZM akhirnya menghilang. sebelum itu, dia mengajakku untuk couple, tapi KH menolak dengan alasan masih awal kami berkenalan.

ZM menghilang kerana masalah family. tapi KH kecewa dengan sikapnya yang menganggap KH seperti tidak wujud. ZM selalu contact dengan kawan-kawannya tapi tidak dengan KH. akhirnya KH melepaskan ZM pergi. KH taknak berharap lagi. KH sedih dengan nasib hidup KH. akhirnya KH bahagia bersama kawan-kawan KH di universiti tersebut.

Bersambung...

Wassalam...

3 comments:

kim heeruul said...

ramai gak yang minat KH.

Hanis MY said...

pasti ada cinta sejati yang Dia telah tetapkan dan pasti bersua satu hari nanti insyaAllah...

Sunah Sakura said...

moga ada cinta untuk kamu bila tiba masanya... Allah Maha Mengetahui... :)