Assalamualaikum...
kali ini KH nak menceritakan tentang cinta KH di alam universiti. sejurus selepas keputusan SPM diumumkan, KH menerima beberapa tawaran belajar. akhirnya, KH membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di salah sebuah universiti tempatan. KH dah tanamkan dalam hati yang KH tak mahu bercinta ketika masih bergelar penuntut universiti.
namun, harapan yang kuukir, tak semestinya akan menjadi kenyataan. KH akhirnya berkenalan dengan seorang lelaki yang sama umur dengan KH di alam maya. kami berkenalan, bergayut sepanjang hari, tak pernah berenggang walau seminit, kalau KH di kuliah, kami akan texting. bila habis kuliah, kami terus on call. sehinggalah si SA menyatakan hasrat untuk mengikat hubungan kami dengan tali pertunangan. saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya hati ini.
namun, ku fikir panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. SA curang. ex nya ingin kembali kepadanya. masa depan yang KH damba bersamanya musnah dalam sekelip mata. akhirnya kami berpisah walaupun SA terus menerus memujukku. KH kentalkan jiwa untuk tidak lagi berharap padanya. KH teruskan hidup walaupun hidupku terumbang ambing. KH berubah 100%. dari seorang yang petah berbicara menjadi seorang yang pendiam. semua rakan KH buntu melihat keadaan KH.
akhirnya, abang angkat KH memperkenalkan KH dengan sahabat baiknya. pada mulanya KH enggan, KH takut pisang berbuah dua kali. KH takut untuk dekat dengan mana-mana lelaki. tapi setelah dipujuk, akhirnya KH bersetuju. orangnya ada rupa, tapi KH tak memandang semua tu. kami berkawan, tapi KH dah tetapkan dalam hati, kami hanya akan berkawan. setelah 2 minggu, ZM akhirnya menghilang. sebelum itu, dia mengajakku untuk couple, tapi KH menolak dengan alasan masih awal kami berkenalan.
ZM menghilang kerana masalah family. tapi KH kecewa dengan sikapnya yang menganggap KH seperti tidak wujud. ZM selalu contact dengan kawan-kawannya tapi tidak dengan KH. akhirnya KH melepaskan ZM pergi. KH taknak berharap lagi. KH sedih dengan nasib hidup KH. akhirnya KH bahagia bersama kawan-kawan KH di universiti tersebut.
Bersambung...
Wassalam...
Sunday, 15 January 2012
Monday, 2 January 2012
01
Assalamualaikum...
hari ini KH mulakan tentang cinta KH yang pertama. KH tak pasti bilakah cinta pertama KH muncul. tapi kali pertama KH couple tahun 2006. time tu KH baru je lepas habis berperang. maksud berperang adalah menduduki exam, PMR. petang tu tengah KH golek-golek tengok tv, tiba-tiba masuk 1 mesej. ada orang nak berkenalan. so, berkenalanlah kami time tu.
tak sampai sebulan, boy ajak KH couple. time tu rasa dunia ni aku yang punya. sebab dengan rupa KH yang buruk ni memang takkan ada yang sudi pandang. dan time tu, KH takut sangat, takut kalau boy tahu rupa sebenar KH, KH akan ditinggalkan. tapi rupanya tak. KH ditatang bagai minyak yang penuh.
time tu KH tinggal di asrama. so, tiap-tiap petang KH akan beratur kat public fon sebab nak bergayut dengan boy. time tu ada public yang tune talk tu. so tiap-tiap hari mesti boy belikan kad yang macam prepaid tu. sebab boy takleh call, so KH yang call. tapi, KH time tu ramai kawan. KH salahgunakan kad yang boy bagi untuk call kawan-kawan. bila fikir balik, KH rasa cam KH ni kejam gila. dah macam pisau cukur kan?
kami teruskan hubungan sampailah KH habis SPM. dugaan sepanjang perhubungan kami sangatlah berat. macam-macam dugaan. lepas SPM, KH selalu keluar lepak ngan kawan-kawan. boy plak tak percayakan KH. lastly, KH bengang, KH ignore semua dari boy. time tu, KH lupa tentang semua yang dah boy lakukan untuk KH. macam-macam hadiah yang boy bagi.
lepastu, ada seorang kawan KH yang bertindak sebagai orang tengah kami. hubungan kami bertahan sebab kawan KH tu. tapi tak lama, 2,3 bulan lepas tamat SPM, hubungan kami akhirnya berakhir.
namun, tak sampai sebulan hubungan kami putus, KH dapat tahu yang mereka bersama. bermacam-macam perkara yang bermain dalam fikiran KH. KH akui yang KH dah takde hati dengan si boy tapi bayangkan bila kawan baik sendiri bersama dengan bekas boy? kadang-kadang KH terfikir yang hubungan kami retak adalah disebabkan kawan KH itu sendiri.
sehingga kini, kawan KH tidak lagi menegur KH. sebab tu hati KH kuat mengatakan yang dialah penyebab kepada semua yang berlaku. tapi, kalau itu memang jodoh mereka, KH tidak dapat menghalang. cuma, KH harap, kawan KH tu akan tegur KH dan explain segalanya pada KH.

Sunday, 1 January 2012
Ini Kisah Tentang Hati
Assalamualaikum...
*KH is stand for Kisah Hati.
hai readers! ada readers ke KH nih? sebenarnya KH dah lama teringin nak ada blog. sebelum ni KH selalu baca blog orang je. follow, be a silent reader (not silencer dalam 3 idiots ok!) dan juga jadi pengkritik tetap blog yang KH suka follow.
sebenarnya hari ni birthday KH. dan oleh itu, KH ambil kesempatan ni untuk KH lahirkan blog ni. means, our birthday is same. so sweet aite? so, prepare red carpet, riben untuk dipotong time perasmian BLOG KISAH HATI dan photographer yang ada DSLR (ada ke yang takde DSLR tu?) dannnn *clapppp*. sorry to say tapi KH memang kuat berangan.
harapan KH dalam berblogging ni KH harap pakcik dan makcik yang dah otai tu janganlah sombong ye? semoga korang sudi bagi tunjuk ajar untuk KH yang baru nak bertatih dalam bidang ni.
KH tak kejar populariti. KH tak kejar duit. KH tak kejar trafik. cukuplah blog ini menjadi pengubat duka lara KH. sebab KH akan jadikannya sebagai diary online. kerana KH tahu, takkan ada orang yang sanggup menadah telinga berjam-jam lamanya untuk mendengar kisah kita. so, KH harap dengan adanya blog ni, KH akan lebih tenang dalam menghadapi dugaan yang mendatang.

Subscribe to:
Comments (Atom)